Skip to main content

Kunjungan Hormat Islamic Banking Finance Institute Malaysia (IBFIM) Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    Kuala Ketil, 7 Ogos 2023 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Islamic Banking Finance Institute Malaysia (IBFIM). Delegasi IBFIM diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif iaitu En. Yusry Yusoff yang hadir bersama En. Mohamad Salihin Deris, Pengarah Perundingan Perniagaan Syariah dan En. Mohammad Khairi Saat, Pengarah Latihan dan Pembangunan Bakat. .
     
    Satu sesi perbincangan berkaitan cadangan jaringan kerjasama akademik di antara kedua belah pihak telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Prof. Dato' Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor dan disertai oleh ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Dekan Kulliyyah Syariah & Undang-Undang, wakil Kulliyyah Muamalat & Sains Pengurusan, wakil Pusat Pengajian & Penyelidikan Kewangan Islam (CIFER), Pengarah Canselori dan Pegawai UniSHAMS.
    Naib Canselor dalam ucapan beliau, memberi penekanan agar jaringan kerjasama yang strategik di antara UniSHAMS dan IBFIM dapat direalisasikan melalui pemeterian Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian, demi kemaslahatan bersama.
     
    Terdahulu, delegasi IBFIM turut berkesempatan untuk meninjau Galeri Tuanku Canselor yang menempatkan koleksi gambar dan dokumen berkenaan sejarah pembangunan INSANIAH, KUIN dan UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom