Skip to main content

Program Santai 6 Ribu Langkah Warga Kerja UniSHAMS 2023

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 12 Mac 2023 - UniSHAMS telah menganjurkan Program Santai 6 Ribu Langkah anjuran Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Sukan. Program bermula pada pukul 8.30 pagi dimana semua peserta berkumpul di medan letak kereta Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak untuk mendengar taklimat perjalanan program serta aktiviti pemanas badan yang dipimpin oleh Atlet Taekwondo UniSHAMS. Sesi pelepasan peserta dilaksanakan oleh Y.Bhg. Naib Canselor tepat pukul 9.30 pagi. 

    Aktiviti jalan kaki satu setengah pusingan UniSHAMS itu berakhir di lobi bangunan canselori dimana acara memotong kek meraikan ulang tahun kelahiran warga kerja UniSHAMS Januari hingga Mac dilaksanakan sebelum penyampaian hadiah kepada 30 peserta lelaki dan 30 peserta wanita terawal yang berjaya menamatkan acara. Hadiah disampaikan oleh Y.Bhg. Naib Canselor serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni. Program tamat pada pukul 11.30 pagi. Tahniah & syabas kepada semua pemenang dan para peserta.  

     

    Sustaining Knowledge Through Wisdom