Skip to main content

Bachelor of Information Technology (Multimedia Technology) with Honours

(R2/482/6/0202) (17/6/2026) (A9706)

Entry Requirements

  1. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.00) dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran; ATAU
  2. Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya Gred Jayyid dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran; ATAU
    Lulus Matrikulasi atau Pengajian Asasi dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.00; ATAU
  3. Diploma (Tahap 4, MQF) dalam Bidang Bukan Komputer dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.75. Calon dengan CGPA di bawah 2.75 tetapi lebih daripada 2.50 boleh diterima tertakluk kepada penilaian yang ketat; DAN kredit dalam Matematik di peringkat SPM atau setaraf; ATAU
  4. Calon yang lulus Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu mengambil dan lulus subjek Matematik penngukuhan yang setaraf dengan peringkat SPM. Subjek Matematik pengukuhan mesti ditawarkan dalam semester pertama atau sebelum pendaftaran dengan tawaran tanpa syarat; ATAU
  5. Diploma dalam bidang Pengkomputeran (Tahap 4, MQF) atau setaraf dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.50. Calon dengan CGPA di bawah 2.50 tetapi lebih daripada 2.00 boleh diterima tertakluk kepada penilain yang ketat; ATAU
  6. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / DIploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang Pengkomputeran dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.50 tertakluk kepada kelulusan Senat Universiti / Lembaga Akademik; ATAU
  7. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam bidang Pengkomputeran dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.50 tertakluk kepada kelulusan Senat Universiti / Lembaga Akademik; ATAU
  8. Kelayakan lain yang relevan dan setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. (Calon boleh diterima jika kelayakan kemasukan mereka mengandungi subjek Matematik yang setaraf dengan Matematik di peringkat SPM. Jika tidak setaraf , subjek Matematik pengukuhan yang setaraf dengan peringkat SPM mesti ditawarkan dalam semester pertama atau sebelum pendaftaran dengan tawaran tanpa syarat).

Nota:

  • Pelajar dikehendaki lulus Matematik pengukuhan sebelum dibenarkan mengambil kursus teras yang berkaitan. Calon boleh menduduki mana-mana subjek yang tidak menetapkan Matematik sebagai prasyarat.
  • Matematik pengukuhan boleh menyumbang kepada keseluruhan kredit tamat pengajian.
  • Pelajar dari Matrikulasi / Asasi atau yang setaraf boleh dikecualikan daripada mengambil Matematik pengukuhan, dengan syarat Matematik yang ditawarkan pada peringkat program tersebut adalah setaraf / lebih tinggi daripada Matematik yang ditawarkan di peringkat SPM.

**All information presented is subject to change**

Sustaining Knowledge Through Wisdom