- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat pangkat Jayyid; ATAU
- Asasi / Matrikulasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
- Diploma (Tahap 4, MQF) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
- Diploma Lanjutan (Tahap 5, MQF) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
- Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tertakluk kepada kelulusan Senat Universiti / Lembaga Akademik; ATAU
- Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tertakluk kepada kelulusan Senat Universiti / Lembaga Akademik: Nota untuk (vi) & (vii): Universiti bertanggungjawab untuk menjalankan saringan dan memberikan panduan yang diperlukan khusus mengikut disiplin program; ATAU
- Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara serta diperakui oleh Kerajaan Malaysia.
Syarat Tambahan:
Pelajar dikehendaki lulus Matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setara.