Skip to main content

BICARA BAHASA: ‘ACCENT VS SLANG’

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL, 12 Mac 2018 – Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah menganjur “Program Bicara Bahasa Mengenai Loghat Dan Slanga”. Bicara tersebut membincangkan mengenai makna sebenar bahasa slanga kerana wujud kekeliruan dalam masyarakat yang menganggap bahasa slanga menjadi dialek atau dialek suatu daerah atau negeri.

    Moderator majlis Encik Hisham Abdul Aziz, pensyarah Pusat Bahasa UniSHAMS dan Dr. Mazura Mastura Muhammad, pensyarah Bahasa Inggeris, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dijemput sebagai penceramah pada hari itu. Sebagai seorang pakar dalam linguistik, beliau adalah ahli akademik berkelayakan untuk menghuraikan dan menjelaskan perkara tersebut.

    Majlis telah dirasmikan oleh Puan Norlaila Saadan, Pengarah Pusat Bahasa UniSHAMS. Program ini memberi pendedahan kepada mahasiswa UniSHAMS mengenai komponen penting yang terdapat dalam Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam.

    Disediakan Oleh : Hisham Abdul Aziz

    Sustaining Knowledge Through Wisdom