Skip to main content

LOCKDOWN – IBRAH DAN MASA DEPAN PENGAJIAN TINGGI

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL; 17 Jun 2021 – Lockdown bukanlah satu penghalang untuk kita berkomunikasi dengan rakan sekerja, dengan adanya teknologi dan sistem yang sedia ada ianya dapat mengeratkan lagi hubungan dan melaksanakan cara kerja yang baik. Sehubungan itu, Unit Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah menganjurkan Webinar : “ Lockdown-Ibrah dan Masa Depan Pengajian Tinggi secara atas talian melalui Aplikasi Zoom.

    Sesi webinar dikendalikan oleh Pendaftar UniSHAMS, Tuan Haji Mohd Fahmi Sheikh Omar selaku moderator. Sedikit kata-kata aluan dan sesi ramah mesra bersama staf baru dan lama sebagai pembuka bicara. Hampir 180 orang peserta yang menyertai webinar kali ini termasuk staf akademik dan pentadbiran.

    “Kedudukan UniSHAMS dan statistik enrolmen 2018 sehingga Jun 2021 tidak berubah begitu ketara walaupun pandemik COVID 19 melanda, walau bagaimanapun usaha perlu ditingkatkan dari segi enrolmen pelajar ke UniSHAMS. Selain itu, strategi juga perlu diperluaskan antaranya menjalinkan MOU dengan universiti luar negara seperti Thailand, Indonesia, Kemboja dan sebagainya bagikemasukan pelajar antarabangsa khususnya peringkat pengajian master dan PhD. Kesan daripada pandemik ini,UniSHAMS tidak boleh bergantung hanya kepada pemasaran sahaja, pihak kulliyyah dan pusat pengajian perlu berkerjasama dalam melaksanakan strategi. Strategi juga perlu dirancang dan diatur secara menyeluruh supaya penilaian penarafan bintang Setara  dan Myra dapat ditingkatkan.”Katanya dalam sesi bicara webinar bersama Prof. Madya Dr Wan Nazjmi Mohamed Fisol, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa UniSHAMS.

    Seterusnya, bicara webinar diteruskan bersama Dr. Rohani Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UniSHAMS. Penerangan Ibrah iaitu pengajaran di mana ujian, dugaan, kesakitan, wabak adalah azab/bala yang diturunkan oleh Allah SWT untuk menguji kesabaranhambaNya seperti dalam Surah Albaqarah :155. “Setiap kesembuhan hanya datang dariNya, kita hanya mampu berusaha”. Selain itu, sikap positif perlu ditanam semasa menjalankan tugas, menjalinkan hubungan kekeluargaan, berhubungan dengan pelajar seterusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat.

    Selaras dengan hasrat untuk menjadi Cordoba of Kedah, UniSHAMS komited untuk melahirkan generasi rabbani (role model). Bagi mencapai hasrat ini, semua staf akademik dan pentadbiran perlulah berperanan sebagai penasihat atau mentor kepada pelajar. Ini secara langsung menunjukkan bahawa setiap warga kerja unishams mempunyai peranan yang penting dalam pembangunan modal insan graduan UniSHAMS secara amnya.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom