Skip to main content

KPSK ANJUR PERSIDANGAN YANG PERTAMA “MHS CONFERENCE 2021”.

| Hana Wahida | Berita

    Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan mencatat sejarah pertama kalinya menganjurkan “Medical & Health Science Conference” secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Persidangan tersebut telah berlansung selama dua hari pada 2hb hingga 3hb Ogos 2021 dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Prof. Dr. Asmadi bin Mohamed Naim. Tema persidangan ialah “COVID-19: Embracing the New Paradigm”


    Persidangan ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Kluster Sains Perubatan (KPSK) sebagai inisiatif untuk memberi platform kepada para penyelidik untuk berkongsi hasil penemuan penyelidikan. Persidangan yang dijalankan ini melibatkan jemputan penceramah dan peserta daripada pelbagai institusi. Intipati persidangan ini adalah untuk menggalakkan dan meningkatkan budaya penyelidikan di kalangan para penyelidik.


    “Keynote Address” disampaikan oleh Datuk Dr. Hishamshah bin Ibrahim iaitu Timbalan Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia secara langsung dari Putrajaya. Penceramah “Plenary Session” terdiri daripada pakar-pakar terkenal dalam bidang masing-masing yang turut membincangkan topik hangat berkaitan COVID-19. Mereka adalah:

      1. Prof Dato’ Dr. Syed Mohamed Al Junid (Professor of Public Health Medicine and Health Economics from Kuwait University)
        COVID-19: THE POST-PANDEMIC HEALTH SYSTEM SCENARIO
      2. Dr Masita Arip (Centre Head and Consultant Microbiology & Immunology dari Institute of Medical Research dan National Institute of Health)
        COVID-19 VACCINE PROGRAMME IN MALAYSIA
      3. Prof. Madya Dr. Kamarul Imran bin Musa (Epidemiologist from School of Medicine USM Kubang Kerian, Kelantan).
        EPIDEMIOLOGY AND COVID-19

    Persidangan ini yang dianjurkan bersama MediSHAMS (Persatuan Pelajar Perubatan UniSHAMS) dihadiri oleh seramai 127 peserta termasuk pelajar. Penglibatan penceramah dan peserta dari pelbagai institusi ini juga dilihat dapat memberi peluang kepada para pensyarah KPSK di UniSHAMS untuk berinteraksi dan bertukar pendapat mengenai isu-isu penyelidikan semasa, mencari peluang mengadakan kerjasama penyelidikan dan memberi motivasi kepada para penyelidik untuk terus meningkatkan kuantiti dan kualiti penyelidikan yang boleh memberi manfaat kepada UniSHAMS khususnya dan kepada masyarakat umumnya. Para pelajar juga mendapat peluang menyertai Pembentangan Lisan dan juga e-Poster.


    Lebih menarik, “MHS Conference” turut menganjurkan pertandingan fotografi dan esei berkaitan COVID-19. Tahniah kepada semua pemenang setiap pertandingan. Menurut Dekan KPSK, Prof Madya Dr. Harif Fadzilah bin Che Hashim, beliau sangat berbangga dengan kelancaran majlis dan kejayaan menganjurkan persidangan yang pertama ini. Sekalung penghargaan buat Kulliyah Hospitaliti dan Seni Kreatif di atas penggunaan studio dan Bahagian Teknologi Maklumat di atas bantuan teknikal internet. In sha Allah bertemu lagi dalam konferen yang akan datang.

    [widgetkit id="180" name="mhsc-1"]

    Sustaining Knowledge Through Wisdom