Pusat Pengajian Asasi ditubuhkan pada 1 Mac 2009 dan di awal
penubuhannya, ia diketuai oleh seorang Dekan. Peranan utamanya
adalah untuk menawarkan tiga program pra-Ijazah (Asasi) iaitu
Program Asasi Pengajian Islam, Asasi Pengurusan dan Asasi Sains.
Â
Dalam perancangan Koridor Utara, sektor pendidikan dan
penyelidikan telah dikenalpasti diantara sektor-sektor yang akan
diberikan fokus pembangunan. Sehubungan itu, dengan wujudnya
Pusat Pengajian Asasi, pengembangan program-program baru di
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
(UniSHAMS) akan memberikan sumbangan yang penting kepada
negeri Kedah dalam pembangunan tersebut. Lantas, ini akan
meletakkan negeri Kedah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
Â
Selain itu, penawaran program-program asasi ini juga dapat
memberi peluang kepada para pelajar lepasan SPM dan STPM dari
sekolah-sekolah di wilayah utara khususnya yang berminat untuk
meneruskan pengajian mereka di UniSHAMS. Dengan adanya
program-program ini juga, UniSHAMS akan melahirkan graduan
yang cemerlang, bertakwa dan berketerampilan melalui integrasi
pendidikan berteraskan elemen profesional dan Islamisasi.
Â