Skip to main content

Lawatan Penanda Aras dan Pembinaan Jaringan Luar Kolej Matrikulasi Perlis Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟰 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) hari ini berbesar hati menerima lawatan penanda aras dan pembinaan jaringan luar delegasi Kolej Matrikulasi Perlis.
     
    Delegasi ini diketuai oleh En. Mohamad Sanusi Din, Pegawai Kaunseling hadir bersama 20 orang yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Pegawai Kaunseling, Pegawai Kolej Kediaman, Pegawai Teknologi Maklumat, Pustakawan dan Pembantu Tadbir.
     
    Satu sesi perbincangan telah diadakan di Dewan Senat UniSHAMS dan dipengerusikan oleh YBrs. Dr Rohani Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni. Perbincangan dua hala ini menjurus kepada perkongsian berkaitan kaedah penambahbaikan pengurusan hal ehwal kebajikan dan perkhidmatan kaunseling pelajar. Turut hadir pada sesi perbincangan tersebut adalah Pengarah Canselori, Pengarah dan Pegawai Pusat Hal Ehwal Pelajar UniSHAMS.
     
    Delegasi seterusnya berkesempatan mengadakan lawatan ke Galeri Tuanku Canselor, Pusat Sehenti Perkhidmatan Pelajar, Muzium Anatomi dan Klinik Senaman di Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan serta Perpustakaan UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan