Skip to main content

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Antara Yayasan Terengganu Dan UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚ - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Yayasan Terengganu hari ini dalam satu majlis yang berlangsung dengan jayanya di Wisma Darul Iman.
    ย 
    MoA tersebut telah ditandatangani oleh wakil pihak Yayasan Terengganu, iaitu YB. Datoโ€™ Haji Satiful Bahari Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Pembangunan Insan dan YBhg. Datoโ€™ Haji Mohd Azmi Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu. Manakala, pihak UniSHAMS diwakili oleh YBrs. Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor dan YBrs. Prof. Madya Dr Harif Fadzilah Che Hashim, Dekan Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan.
    ย 
    Turut menyaksikan MoA tersebut adalah YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan YAB Datoโ€™ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah.
    ย 
    Jalinan kerjasama antara Yayasan Terengganu dan UniSHAMS ini adalah salah satu usaha bagi membuka ruang kepada anak Terengganu untuk menlanjutkan pengajian ke UniSHAMS, khususnya dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS).
    ย 
    Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah UniSHAMS ketika berucap menyatakan bahawa, perjanjian kerjasama yang ditandatangani oleh Yayasan Terengganu dan UniSHAMS pada hari ini akan menjadi titik permulaan kepada satu usaha yang sangat baik untuk memartabatkan pembangunan pendidikan di kalangan anak bangsa, seterusnya melahirkan ahli perubatan yang mampu memberikan sumbangan balik serta menabur khidmat bakti kepada masyarakat.
    ย 
    UniSHAMS merupakan satu-satunya universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah menawarkan 42 program pelbagai bidang, bermula dari peringkat Pengajian Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Masters) dan ljazah Doktor Falsafah (PhD). Program MBBS mula ditawarkan sejak tahun 2010 dan telah berjaya melahirkan lebih 143 graduan dalam bidang perubatan, yang kini sedang berkhidmat di hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
    ย 
    Turut hadir pada majlis ini adalah YB. Dato' Mohd Nor Hamzah, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu; YB. Dato' Seri Hj. Norizan Khalzali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Lembaga Pengarah UniSHAMS; YB. Dato' Razali Che Ani, Penasihat Undang-undang Negeri Terengganu; YB. Dato' Nara Setia Dato' Zulkifli Ali, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu; YB. Dato' Syed Khairol Anuar Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah merangkap Ahli Lembaga Pengarah UniSHAMS; YBhg. Dato' Mohd Fauzi Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kedah; Ahli-ahli Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Terengganu, Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Kedah, Pegawai-pegawai Yayasan Terengganu dan Pegawai-pegawai UniSHAMS.
    ย 
    Kerjasama dua hala antara Yayasan Terengganu dan UniSHAMS ini diharapkan dapat memacu ke arah pembangunan pendidikan yang lebih cemerlang dan komprehensif, menerusi kaedah integrasi pengajian yang menerapkan proses Islamisasi Ilmu, selaras dengan misi UniSHAMS, dalam melahirkan ilmuan yang holistik dan profesional berakhlak mulia.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan