Skip to main content

Sambutan Hari Akademia UniSHAMS 2023

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฎ๐Ÿต ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น โ€“ Sambutan Hari Akademia Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) 2023 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Eksperimen, sempena Bulan Akademia yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.
    ย 
    Sambutan Hari Akademia ini bertujuan untuk memberi penghargaan terhadap peranan pegawai akademik yang telah menyumbang kepada UniSHAMS, serta memperingati pengetahuan & pendidikan, mendorong inovasi & kolaborasi serta memotivasi & menginspirasi para pendidik dan anggota akademik yang lain.
    ย 
    Majlis sambutan dimulakan dengan program Wacana Ilmu bertajuk โ€œAkademia Pemacu Malaysia Madani: UniSHAMS Teraju Akademia Kedahโ€ yang disampaikan oleh Prof. Dr Ahmad Rozelan Yunus, Profesor UniSHAMS.
    ย 
    Perasmian sambutan Hari Akademia UniSHAMS 2023 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Naib Canselor, Prof. Dato' Dr Asmadi Mohamed Naim. Beliau ketika berucap, turut memberikan penekanan terhadap peranan besar para Akademia UniSHAMS untuk terus memberikan komitmen yang terbaik dalam usaha memartabatkan UniSHAMS sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Islam milikan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang kekal relevan pada masa hadapan.
    ย 
    Sempena sambutan kali ini juga, sebanyak enam (6) kategori anugerah telah disampaikan kepada 41 orang penerima iaitu Anugerah Kepemimpinan Akademik, Anugerah Ikon Khidmat Komuniti, Anugerah Cemerlang Pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Anugerah Cemerlang Fail Kursus, Anugerah Edufluencer (pempengaruh pendidikan) dan Anugerah Tokoh Akademia.
    ย 
    Seluruh warga UniSHAMS merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada para Akademia UniSHAMS yang berjaya meraih anugerah sempena sambutan Hari Akademia UniSHAMS 2023.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan