Skip to main content

Pusat Pengajian & Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi

Mengenai Pusat Pengajian & Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi

Kata Aluan Pengarah

Senario situasi di Malaysia kini masih memerlukan ramai lagi kaunselor berdaftar. Pendidikan yang sedia ada adalah berorientasikan sosial dan berbagai latar belakang dan budaya, sedangkan ramai lagi kaunselor diperlukan untuk membantu masyarakat . Justeru itu, kita memberi perhatian kepada golongan majoriti yang memerlukan bantuan. Kurikulum kaunseling juga tidak hanya berfokuskan kepada keperluan golongan majoriti yang berlatar belakang yang mementingkan nilai dan agama Islam.

Program Sarjana Kaunseling di Pusat Pengajian Dan Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi (PPPKP) ini bertujuan untuk melahirkan kaunselor yang berpengetahuan, berkemahiran dan beretika dalam kaunseling dan dapat mendaftar dengan Lembaga Kaunselor (Malaysia). Program Sarjana Kaunseling di UniSHAMS ini juga telah mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)(N/762/7/0003). Program ini akan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan berpengetahuan luas. Mereka merupakan perintis dan pengasas Kaunseling di Malaysia.

Dr. Mohd Suhadi Bin Mohamed Sidik
Pengarah Pusat Pengajian & Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi

Visi

Ijazah Sarjana Kaunseling Berperspektif Islam digubal supaya dapat merealisasikan moto UniSHAMS iaitu "Melestarikan ilmu melalui kebijaksanaan" melalui pengajaran, penyelidikan, amali dan penerbitan bagi membolehkan penerokaan ilmu-ilmu sains pengurusan dan kaunseling profesional khususnya kaunseling dari berperspektif Islam agar kegemilangan Islam dapat dikembalikan sejajar dengan kemajuan persekitaran dan teknologi semasa. Mengukuhkan penawaran disiplin ilmu pengajian Islam yang sedia ada di UniSHAMS.

Pada masa ini, UniSHAMS menawarkan kursus-kursus dan program-program pengajian akademik di dalam pengajian Islam sahaja,iaitu kursus-kursus pengajian Syariah, Usuluddin, AlQuran dan bahasa Arab di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D. Dengan adanya program Sarjana Kaunseling ini, UniSHAMS kini membuka pintu-pintu baru bagi menuntut ilmu yang digemblengkan antara kaunseling konvensional dan perspektif Islam bagi memenuhi tuntutan dunia dan akhirat dengan wujudnya gabungan ilmu duniawi dan ukhrawi.

Membekalkan sumber manusia terlatih dan kompeten dalam bidang pengajian pengurusan yang berperspektif Islam.

Dengan menawarkan program ini, UniSHAMS berhasrat untuk melahirkan graduan yang akan menjadi pakar-pakar profesional yang mempunyai kefahaman yang mendalam dalam bidang kaunseling, terutama sekali dengan perspektif Islam supaya dapat berfungsi secara efektif di dalam berbagai-baga persekitaran kerja.

Memantapkan kegemilangan negeri Kedah sebagai pusat pengajian ilmu yang tersohor di rantau ini

Negeri Kedah memang sudah terkenal sejak dahulu lagi sebagai pusat pengajian ilmu terutama sekali ilmu-ilmu Islam yang terulung bukan sahaja di Malaysia bahkan juga di rantau inii. Dengan adanya program Sarjana Kaunseling Berperspektif Islam ini, negeri Kedah bakal menjadi tumpuan utama para pelajar dari seluruh pelusuk negara dan dunia untuk menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang ilmu Kaunseling dari perspektif Islam ini.

Objektif
  1. Melahirkan para graduan yang beriman, bertaqwa beriltizam dengan penghayatan Islam yang sedia ada dengan memberi kemahiran dan profesional dalam bidang kaunseling.
  2. Menggabungkan teori, teknik dan kaedah-kaedah kaunseling barat dengan ilmu-ilmu kaunseling dalam Islam.
  3. Membekalkan tenaga mahir ke arah penyelidikan, penulisan dan perundingan dalam bidang kaunseling berperspektif Islam.

Hubungi Kami

  • Pusat Pengajian & Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi

Carta Organisasi

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan