Skip to main content

Kulliyyah 
Bahasa Arab

Mengenai Kulliyyah Bahasa Arab

Kulliyyah Bahasa  Arab Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) diasaskan seiring dengan penubuhan Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) pada tahun 1996. Pada ketika itu INSANIAH hanya menawarkan Program Diploma dan Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab 3+1 secara berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir sehingga tahun 2007.

Walaubagaimanapun bermula pada tahun 2004, Kulliyyah ini mula menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dengan Kepujian yang telah mendapat Akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kini Kulliyyah Bahasa Arab telah berada sebaris dengan fakulti-fakulti yang lain di dunia apabila pihak MQA telah bersetuju dan memberi kebenaran kepada Kulliyyah ini untuk menjalankan dua program tambahan iaitu Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Bahasa Arab.

Kata Aluan Dekan

Selamat datang ke halaman Kulliyyah Bahasa Arab, UniSHAMS.

KBA UniSHAMS telah diasaskan semenjak awal penubuhan Institut  Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) pada tahun 1996. Ketika itu INSANIAH hanya menawarkan program diploma dan program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab 3+1 yang merupakan program berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir sehingga tahun 2007. Namun mulai tahun 2004, KBA menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Kepujian (ISMBA) yang telah mendapat akreditasi sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, KBA semakin maju ke hadapan apabila MQA telah bersetuju dan membenarkan Kulliyyah ini untuk menjalankan dua program pengajian tambahan di peringkat pascasiswazah iaitu  Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Bahasa Arab dengan kelulusan MQA: PA 9803 bertarikh 24 Ogos 2009, dan dibahagikan kepada No. Rujukan PA 9861 (Sarjana Bahasa Arab) dan PA 9862 (Doktor Falsafah Bahasa Arab).

Oleh itu, dengan tiga program pengajian yang ditawarkan ini, kami ingin menjemput anda untuk meneroka program akademik tersebut pada sesi yang akan datang. KBA membariskan pensyarah yang berasal dari negara Arab seperti Mesir dan Sudan yang berpengalaman luas dalam memberikan kualiti pengajaran dan pembelajaran terbaik, di samping kepakaran dalam menyelia disertasi Ijazah Sarjana dan tesis Ijazah Doktor Falsafah.

Di peringkat pascasiswazah, KBA telah menubuhkan tiga jabatan iaitu Jabatan Lughawiyyat (Lingusitik), Jabatan Balaghah & Adab (Sastera) dan Jabatan Ta’lim (Pendidikan).

Suka untuk diingatkan bahawa, mempelajari Bahasa Arab adalah usaha untuk menguasai dan memahami bahasa Al-Quran dan Hadith Nabi SAW. Manakala, mempelajari sesuatu bahasa daripada penutur jatinya adalah suatu pilihan yang sangat bernas, kerana pelajar akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan apa yang ingin disampaikan itu akhirnya difahami, lalu segera memperbaiki kesilapan setelah diberikan tunjuk ajar oleh penutur jatinya sendiri.

Anda boleh terus melayari halaman ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kulliyyah, kakitangan akademik dan peluang yang kami tawarkan dalam bidang akademik, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan perkhidmatan komuniti. Saya berharap halaman ini dapat membantu semua pihak yang berminat untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat.

 

MOHD SYAUQI BIN ARSHAD

Dekan

Kulliyyah Bahasa Arab

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)

Visi
  • Menjadikan UniSHAMS sebuah Universiti bertaraf antarabangsa di rantau Utara Malaysia.
  • Melahirkan penyelidikan yang mampu menangani isu-isu Bahasa dan sastera Arab di era globalisasi.
Misi

Melahirkan penyelidikan Bahasa dan sastera Arab bertaraf antarabangsa menjana ilmu dalam semua bidang.

Objektif
  • Menawarkan program pendidikan yang seimbang bagi melahirkan graduan dan intelek yang mampu berperanan sebagai ulama’ dan profesional Islam yang berilmu, beramal dan bertaqwa.
  • Membantu membangunkan ummah yang berilmu serta mengamalkan ajaran Islam berlandaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Menjalankan penyelidikan dan perundingan untuk pembangunan ilmu Islam dan insan demi kepentingan ummah.
  • Membina khazanah ilmu yang berteraskan Islam dan menyebarkan ilmu tersebut untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.
  • Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta teknologi terkini dalam semua aspek pembelajaran, penyelidikan, perundingan dan lain-lain aktiviti akademik.

Hubungi Kami

  • Kulliyyah Bahasa Arab
  • Atau Hubungi

  • Dr. Mohamad Lukman Al Hakim Bin Md. Noor
  • Pensyarah Kulliyyah Bahasa Arab
  • +60 4415 5000
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Carta Organisasi

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan