Skip to main content

Kulliyyah Hospitaliti & Seni Kreatif

Mengenai Kulliyyah Hospitaliti & Seni Kreatif

Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif merupakan gabungan dua bidang kemahiran utama iaitu bidang hospitaliti dan bidang seni kreatif di mana program-program yang ditawarkan adalah selari dengan visi, misi dan objektif Kulliyyah dan Universiti secara keseluruhannya.

Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif menawarkan program semi-profesional dalam bidang hospitaliti seperti Diploma Pengurusan Hotel, Diploma Seni Kulinari dan Diploma Pengurusan Pelancongan, manakala Diploma Seni Reka Grafik dan Diploma Multimedia Kreatif ditawarkan dalam bidang seni kreatif.

Di dalam usaha mencapai visi dan misi, pihak Kulliyyah memastikan kurikulum pembelajaran yang ditawarkan adalah berasaskan kerja yang menggabungkan penerokaan di dalam bidang pengkhususan program masing-masing selain daripada kemahiran pengurusan perniagaan, pengurusan teknologi maklumat, pengurusan acara serta pengetahuan tentang pengajian Islam yang menjadi teras ilmu di UniSHAMS bagi melahirkan graduan dengan pengetahuan yang relevan, berdaya saing, dinamik yang menghayati nilai-nilai Islam.

Kata Aluan Dekan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat Datang ke Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif,UniSHAMS iaitu sebuah Kulliyyah yang menggabungkan kekuatan dua jabatan iaitu Jabatan Hospitaliti dan Jabatan Seni Kreatif.

Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif menawarkan enam program di peringkat Diploma iaitu Diploma Pengurusan Pengurusan Hotel dan Perkhidmatan Makanan Halal, Diploma Seni Kulinari, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Kreatif Multimedia, Diploma Seni Reka Grafik, dan Diploma Digital Video. Kulliyyah menawarkan kursus-kursus yang bersesuaian dengan keperluan industri dan berterusan melengkapkan pelajar dengan kemahiran, pengetahuan dan sikap yang bertepatan dengan syariat Islam sebagai persediaan untuk berkerjaya di dalam industri hospitaliti dan seni kreatif.

Program-program yang ditawarkan merangkumi pelbagai disiplin bukan sahaja dalam bidang hospitaliti dan seni kreatif itu sendiri seperti seni kulinari, operasi hotel, pengurusan pelancongan, pengurusan perkhidmatan makanan, animasi 3D, reka bentuk web, fotografi dan tipografi, tetapi juga merangkumi disiplin penting lain termasuk kemahiran keusahawanan, pengurusan perniagaan, aplikasi komputer, serta pengajian Quran dan pengajian Islam untuk bakal graduan bersedia mengambil tugas di peringkat operasi dan pengurusan sebaik mereka bergraduasi.

Justeru, warga Kulliyyah ingin menjemput anda untuk menyertai kami danmenerokai program-program akademik yang ditawarkan dalam sesi akademik akan datang. Anda boleh terus melayari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kulliyyah, kakitangan akademik dan peluang-peluang yang kami tawarkan dalam bidang akademik, perundingan dan perkhidmatan masyarakat.

Visi

Menjadi sebuah pusat pendidikan bereputasi dalam bidang hospitaliti dan seni kreatif yang berlandaskan syariah dan bertaraf antarabangsa.

Misi

Menyumbang kepada pembangunan lestari industri dan komuniti menerusi penerokaan, penyebaran dan aplikasi ilmu hospitaliti dan seni kreatif berlandaskan syariah.

Objektif
  1. Mengendalikan program akademik yang berkualiti berorientasikan Islam dan mempunyai nilai tambah seiring dengan keperluan industri.
  2. Melahirkan graduan semi-profesional dengan pengetahuan yang relevan, berdaya saing, dinamik dan menghayati nilai-nilai Islam.
  3. Merperkasakan hubungan jaringan industri, masyarakat dan pihak berkepentingan dalam bidang hospitaliti dan seni kreatif.
  4. Menyediakan infrastruktur yang kondusif sebagai asas kepada pembangunan Kulliyyah yang bereputasi.
  5. Mengamalkan sistem tadbir urus dan pengurusan kewangan yang efektif.

Hubungi Kami

  • Kulliyyah Hospitaliti & Seni Kreatif
  • Atau Hubungi

  • Mohd Zamri bin Sahari
  • Penasihat Akademik Kulliyyah Hospitaliti & Seni Kreatif
  • +60 4415 5501
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Carta Organisasi

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan