Skip to main content

Pusat Bahasa

Mengenai Pusat Bahasa

Kata Aluan Pengarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke Pusat Bahasa. Pusat Bahasa merupakan salah satu pusat sokongan yang terdapat di UniSHAMS. Pusat Bahasa dahulunya dikenali sebagai Insan Fasih dari tahun 2009 hingga 2013. Mulai Julai 2013, Pusat Bahasa telah diaktifkan semula.

Terdapat 2 unit utama di Pusat Bahasa iaitu Unit Bahasa Inggeris dan Unit Bahasa Arab. Kursus-kursus yang ditawarkan di Pusat Bahasa adalah bertaraf kursus wajib universiti.

Pusat Bahasa UniSHAMS juga menawarkan Kursus Intensif Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, terjemahan dokumen serta semakan pruf, kursus jangka pendek dan kursus Bahasa untuk orang awam.  Pusat Bahasa Unishams mempunyai 15 orang staf akademik dan 2 orang staf sokongan.

Adalah menjadi harapan saya agar Pusat Bahasa sentiasa menjadi perantara hebat kepada keberkesanan kaedah komunikasi dan berbahasa mahasiswa/i UniSHAMS. Pusat Bahasa juga berhasrat untuk menghasilkan para graduan yang bukan sahaja berpengetahuan malah mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Warga Pusat Bahasa komited dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan yang terbaik kepada mahasiswa/i UniSHAMS.

Sekian

“Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan”

Anas Fadhlullah Bin Azihari
Pengarah Pusat Bahasa

Visi

Menjadi Pusat Bahasa bertaraf tinggi dalam memberikan perkhidmatan ilmiah dan professional bagi memupuk kecemerlangan pelajar serta mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Misi

Memperkukuhkan penguasaan bahasa (Inggeris/Arab) dikalangan pelajar dan memperkembangkan penggunaan bahasa ke aras yang sewajarnya, disamping memupuk perkembangan pelajar agar memiliki modal insan yang tinggi dengan ilmu yang luas, disiplin yang tinggi, akhlak yang Islamik dan budaya yang unggul melalui penawaran kursus-kursus yang bersepadu.

Hubungi Kami

  • Pusat Bahasa

Carta Organisasi

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan