Skip to main content

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian

(R3/340/6/0200) 20.12.2029 (A8076)

Syarat Kemasukan

  1. Lulus STPM dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana 2 mata pelajaran dan lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM, atau kelayakan yang setara dengannya; ATAU
  2. Lulus STAM dengan gred minimum Jayyid, dan lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; ATAU
  3. Kelayakan yang setara dengan Diploma atau Diploma Lanjutan (Tahap 4 atau 5, KKM); ATAU
  4. Kelayakan Matrikulasi/Asasi dengan minimum PNGK 2.00 daripada 4.00 atau kelayakan yang setara dengannya.

Nota: Syarat lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM bagi calon (i) dan (ii) boleh dikecualikan jika kelayakan tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dan pencapaiannya setara/lebih daripada keperluan lulus mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM.

SYARAT TAMBAHAN BAGI  PELAJAR ANTARABANGSA:

  1. IELTS 5.0/ CEFR B1 atau
  2. TOEFL PBT (410-413) atau
  3. TOEFL IBT (34) atau
  4. CAE (160) (Cambridge English: Advance)/ CEFR B2 atau
  5. CPE (180) (Cambridge English: Proficiency) CEFR C1 atau
  6. PTE (Person Test of English) (36) atau
  7. MUET (Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia) (Band 3)

Yuran Pengajian

Anggaran Jumlah Yuran
(Pelajar Tempatan)
RM 35,240.00
Anggaran Jumlah Yuran

(Pelajar Antarabangsa)

RM 44,540.00

**Semua maklumat yang dikemukakan adalah tertakluk kepada perubahan**

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan