Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan (KPSK) mula ditubuhkan pada tahun 2010 di Kampus Mergong, Alor Setar.
Program MBBS mengambil masa selama 5 tahun; 2 tahun pertama (Tahun 1 & 2) dikategorikan sebagai fasa pra klinikal, 2 tahun seterusnya (Tahun 3 & 4) adalah fasa asas klinikal dan tahun terakhir (Tahun 5) adalah fasa klinikal. Pada dua tahun pertama pelajar didedahkan dengan teori-teori dan konsep yang berkaitan dengan perubatan melalui kelas, tutorial, PBL, SLP dan sebagainya di kampus Kuala Ketil. Pada 3 tahun terakhir, pelajar ditempatkan di beberapa hospital utama di Kedah, iaitu; Hospital Kulim (Tahun 3), Hospital Sultan Abdul Halim (Tahun 4) dan Hospital Sultanah Bahiyah (Tahun 5. Pada fasa ini pembelajaran dilakukan di wad hospital bersama pesakit). Pelajar tahun 4 juga menjalani penempatan dalam bidang Perubatan Keluarga dan Kesihatan Awam di Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Klinik Kesihatan Kuala Kedah dan Pejabat Kesihatan Kota Setar.
Keunikan program ini ialah ia menekankan nilai Islam sepanjang pelaksanaan program.
Assalamu’alaikum wrh wbt
Tahniah dan Selamat Datang ke Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Doktor perubatan adalah satu profesion yang mulia. Ia memerlukan keberanian dan hati yang tulus untuk belajar dan berkhidmat kepada manusia dengan meletakkan diri anda dalam bahaya. Ingat, apa yang kita lakukan, kita niatkan untuk Allah S.W.T dan hanya kepadaNya kita beriman.
Apabila anda menyertai kami, anda membenarkan diri anda mengalami fasa baharu dan mendebarkan dalam hidup yang akan mempersiapkan kerjaya anda dalam profesion perubatan. Anda juga akan menyedari bahawa pendidikan universiti adalah sangat berbeza daripada apa yang anda alami di sekolah. Anda dijangka akan memulakan pembelajaran kendiri dan berdikari dengan sokongan daripada ahli kakitangan akademik yang berdedikasi dan berkemahiran. Ini adalah untuk menyediakan anda bagi memasuki alam pekerjaan di mana kualiti seperti pemikiran kritis dan analitikal, berdikari dan kreativiti adalah penting.
Kursus selama 5 tahun ini akan memberi peluang kepada anda untuk mempelopori kerjaya sebagai ahli professional dalam penjagaan kesihatan sama ada di hospital, makmal atau di belakang peralatan diagnostik yang berteknologi maju di klinik atau syarikat penyedia kesihatan. Kuliah, tutorial dan praktikal yang anda akan hadiri dalam beberapa tahun akan datang akan bertindak sebagai asas dan batu loncatan kepada apa yang kami harapkan supaya anda mempunyai kemahiran pembelajaran sepanjang hayat. Untuk memperoleh ijazah yang diingini, anda perlu berusaha keras yang dikuasakan dengan semangat, pengorbanan, komitmen yang tegas, ketabahan dan juga dedikasi untuk memastikan anda bukan sahaja berpengetahuan tetapi salah seorang profesional kesihatan yang terhebat dan mahir.
Saya juga berharap anda akan merebut peluang untuk melibatkan diri secara produktif dengan rakan-rakan pelajar lain yang mungkin datang dari pelbagai pelusuk dunia dan bukan hanya dengan pensyarah akademik dan mentor sahaja. Saya benar-benar berharap agar kehidupan kampus anda tidak terhad kepada usaha untuk kecemerlangan akademik semata-mata tetapi juga menggunakan peluang keemasan ini untuk memperkayakan minda dalam usaha lain sama ada dalam bentuk khidmat masyarakat, sukan, multimedia atau budaya.
Saya mendoakan yang terbaik untuk anda semua dalam mengejar impian menjadi graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Ijazah Sarjana Muda Pembedahan dan berharap anda akan bermula dengan baik sebagai pelajar dan seterusnya cemerlang dalam kerjaya pilihan anda.
Menjadi institusi pilihan dalam penyediaan tenaga profesional perubatan untuk berkhidmat kepada manusia.
Untuk melahirkan doktor yang berkelayakan untuk merawat pesakit secara holistik menggunakan ubat yang diperakui, menggunakan pendekatan bersepadu dalam penjagaan perubatan untuk berkhidmat kepada individu, keluarga dan masyarakat.
Untuk melahirkan pengamal perubatan yang:
Atau Hubungi
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
جامعة السلطان عبد الحليم معظم شاه الإسلاميه العالمية
Terlebih dahulu dikenali sebagai
Kolej Universiti INSANIAH
Universiti Islam Antarabangsa
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman
Tel: +60 4415 5000
Fax: +60 4415 5050
Emel:
Dasar Privasi | Penafian | Polisi Keselamatan |
2022 © Hak cipta terpelihara. Dikuasakan oleh BTM.