Kulliyyah Bahasa Arab Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) diasaskan seiring dengan penubuhan Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) pada tahun 1996. Pada ketika itu INSANIAH hanya menawarkan Program Diploma dan Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab 3+1 secara berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir sehingga tahun 2007.
Walaubagaimanapun bermula pada tahun 2004, Kulliyyah ini mula menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dengan Kepujian yang telah mendapat Akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Kini Kulliyyah Bahasa Arab telah berada sebaris dengan fakulti-fakulti yang lain di dunia apabila pihak MQA telah bersetuju dan memberi kebenaran kepada Kulliyyah ini untuk menjalankan dua program tambahan iaitu Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Bahasa Arab.
Selamat datang ke halaman Kulliyyah Bahasa Arab, UniSHAMS.
KBA UniSHAMS telah diasaskan semenjak awal penubuhan Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) pada tahun 1996. Ketika itu INSANIAH hanya menawarkan program diploma dan program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab 3+1 yang merupakan program berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir sehingga tahun 2007. Namun mulai tahun 2004, KBA menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Kepujian (ISMBA) yang telah mendapat akreditasi sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, KBA semakin maju ke hadapan apabila MQA telah bersetuju dan membenarkan Kulliyyah ini untuk menjalankan dua program pengajian tambahan di peringkat pascasiswazah iaitu Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Bahasa Arab dengan kelulusan MQA: PA 9803 bertarikh 24 Ogos 2009, dan dibahagikan kepada No. Rujukan PA 9861 (Sarjana Bahasa Arab) dan PA 9862 (Doktor Falsafah Bahasa Arab).
Oleh itu, dengan tiga program pengajian yang ditawarkan ini, kami ingin menjemput anda untuk meneroka program akademik tersebut pada sesi yang akan datang. KBA membariskan pensyarah yang berasal dari negara Arab seperti Mesir dan Sudan yang berpengalaman luas dalam memberikan kualiti pengajaran dan pembelajaran terbaik, di samping kepakaran dalam menyelia disertasi Ijazah Sarjana dan tesis Ijazah Doktor Falsafah.
Di peringkat pascasiswazah, KBA telah menubuhkan tiga jabatan iaitu Jabatan Lughawiyyat (Lingusitik), Jabatan Balaghah & Adab (Sastera) dan Jabatan Ta’lim (Pendidikan).
Suka untuk diingatkan bahawa, mempelajari Bahasa Arab adalah usaha untuk menguasai dan memahami bahasa Al-Quran dan Hadith Nabi SAW. Manakala, mempelajari sesuatu bahasa daripada penutur jatinya adalah suatu pilihan yang sangat bernas, kerana pelajar akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan apa yang ingin disampaikan itu akhirnya difahami, lalu segera memperbaiki kesilapan setelah diberikan tunjuk ajar oleh penutur jatinya sendiri.
Anda boleh terus melayari halaman ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kulliyyah, kakitangan akademik dan peluang yang kami tawarkan dalam bidang akademik, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan perkhidmatan komuniti. Saya berharap halaman ini dapat membantu semua pihak yang berminat untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat.
MOHD SYAUQI BIN ARSHAD
Dekan
Kulliyyah Bahasa Arab
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
Melahirkan penyelidikan Bahasa dan sastera Arab bertaraf antarabangsa menjana ilmu dalam semua bidang.
Atau Hubungi
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
جامعة السلطان عبد الحليم معظم شاه الإسلاميه العالمية
Terlebih dahulu dikenali sebagai
Kolej Universiti INSANIAH
Universiti Islam Antarabangsa
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman
Tel: +60 4415 5000
Fax: +60 4415 5050
Emel:
Dasar Privasi | Penafian | Polisi Keselamatan |
2022 © Hak cipta terpelihara. Dikuasakan oleh BTM.