Skip to main content

Soalan Lazim: Teknologi Maklumat

UniWiFi UniSHAMS

  • Bagaimanakah cara untuk menggunakan perkhidmatan UniSHAMS UniWiFi (pelajar)?

    Sila rujuk portal pelajar


Pemancar LCD

  • Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku masalah atau kerosakan pemancar LCD di bilik kelas atau bilik mesyuarat?

    Hubungi dan maklumkan kepada Bahagian Pembangunan & Penyenggaraan untuk bantuan segera.


Aduan IT (Teknikal)

  • Apakah saluran yang perlu saya gunakan untuk membuat aduan berkaitan IT?

    Layari appsys.unishams.edu.my/eservis dan klik pada "Submit a ticket".


Kemudahan Makmal Komputer

  • Adakah pelajar dibenarkan menggunakan makmal komputer?

    Ya, pada waktu kelas atau amali dengan kehadiran pensyarah sahaja. Sekiranya ingin menganjurkan aktiviti melibatkan penggunaan makmal komputer, pelajar boleh membuat permohonan rasmi kepada Bahagian Teknologi Maklumat melalui kulliyyah atau pusat.


Emel Rasmi Pelajar

  • Adakah pelajar diberikan emel rasmi UniSHAMS?

    Pelajar akan menerima emel rasmi UniSHAMS bermula 2022.


Pemasangan WiFi Peribadi

  • Adakah warga UniSHAMS dibenarkan untuk memasang WiFi peribadi untuk menggunakan perkhidmatan internet UniSHAMS?

    Tidak dibenarkan. Semua pemasangan WiFi peribadi adalah pemasangan haram. Sebarang pemasangan hendaklah dipohon kebenaran daripada Bahagian Teknologi Maklumat.


Peralatan IT

  • Bagaimanakah cara untuk meminjam peralatan IT daripada Bahagian Teknologi Maklumat?

    Isi maklumat pinjaman pada Borang Pinjaman Peralatan (Borang BTM03) dan hantar ke Pejabat Bahagian Teknologi Maklumat.
    PERINGATAN: Permohonan hendaklah diterima oleh Bahagian Teknologi Maklumat sekurang-kurangnya TIGA (3) hari bekerja sebelum peralatan IT akan diambil.

  • Bolehkah kakitangan UniSHAMS membuat pembelian peralatan IT dan membuat tuntutan bagi pembelian tersebut?

    Pembelian peralatan IT oleh kakitangan UniSHAMS hanya boleh dibuat tuntutan sekiranya mendapat kelulusan Bahagian Teknologi Maklumat (Contoh: Peralatan IT yang ingin dibeli tidak wujud dalam rekod Bahagian Teknologi Maklumat atau kehabisan stok)


Google Meet

  • Berapakah bilangan peserta yang boleh menyertai Google Meet menggunakan emel rasmi UniSHAMS?

    Google Meet yang menggunakan emel rasmi UniSHAMS membenarkan 100 peserta untuk menyertai perjumpaan atas-talian pada satu-satu masa dan tidak mempunyai had masa perjumpaan atas-talian.

  • Bolehkah rakaman Google Meet dibuat sekiranya hos menggunakan emel rasmi UniSHAMS?

    Ya. Rakaman boleh dibuat dan akan diemelkan ke emel hos tersebut.


Permohonan Data

  • Bagaimanakah cara untuk memohon data staf atau pelajar?

    Berikut adalah jabatan yang terlibat:

    • Data akademik (siswazah) - Pusat Pengurusan Akademik
    • Data akademik (pascasiswazah) - Pusat Pengajian Pascasiswazah & Penyelidikan
    • Data kakitangan UniSHAMS - Bahagian Sumber Manusia
    • Data pelajar - Bahagian Hal Ehwal Pelajar
    • Data kewangan - Bendahari

    Sekiranya terdapat data-data yang dipohon dan tidak dapat dijana oleh jabatan yang disenaraikan di atas, jabatan-jabatan berikut akan merujuk kepada Bahagian Teknologi Maklumat.

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan