Berdasarkan Peraturan Kewangan & Akaun Bab 19, Polisi Kutipan yuran Pelajar, Perkara 19.1(b)(i),"yuran pentadbiran, yuran pengajian, yuran asrama (jika berkaitan), dan lain-lain caj yuran yang berkaitan dengan pengajian akan dicaj di dalam invois pelajar setelah selesai pengaktifan pelajar dan pendaftaran subjek".
Walaubagaimanapun, apabila dalam tempoh minggu tambah atau gugur kursus, atau cadangan daripada kuliyyah untuk sesuatu kursus atau program, maka terhasillah Nota Debit (penambahan caj) atau Nota Kredit (pengurangan caj) berdasarkan kursus yang diambil semester tersebut. Proses Nota Debit dan Nota Kredit ini berlaku dalam tempoh adanya minggu tambah gugur kursus sahaja.
Pelajar hanya perlu memastikan jumlah yuran (selepas mengambil kira Nota Debit atau Nota Kredit) tersebut adalah sama seperti jumlah caj yuran yang diambil bagi semester tersebut.
Contoh : Ali mengaktifkan status pada Semester Jun 2021 dan mendaftar 5 subjek dengan julah yuran di invois pada masa tersebut sebanyak RM3,750.00. Dalam tempoh minggu tambah gugur kursus, Ali perlu atau menambah subjek keenam. Oleh demikian Nota Debit subjek keenam tersebut berjumlah RM750. Kemudian, Ali gugur kursus pula subjek pertama, jadi akan ada Nota Kredit berjumlah contohnya RM500. Jadi sekarang jumlah subjek yang diambil Ali semester Jun 2021 ini adalah 5 subjek dengan jumlah yuran sebanyak RM4,000 (RM3,750+RM750-RM500).
Pemotongan pinjaman PTPTN setiap semester akan dibuat berdasarkan subjek yang didaftarkan oleh pelajar sebelum/pada 5hb bagi bulan berikutnya selepas tempoh pengaktifan pelajar berakhir. Contoh semester ini adalah sebelum/pada 5 Julai 2021.
Contoh : Abu membuat pengaktifan semester dan pendaftaran subjek pada 28 Jun 2021 dan dikenakan caj sebanyak RM4,500.00. Pada 12hb Julai 2021, Abu ada membuat pendaftaran subjek berjumlah RM500. Oleh demikian data yang dihantar pemotongan ke PTPTN adalah sebelum/pada 5hb Julai 2021 iaitu RM4,500 (jika waran PTPTN pelajar lebih daripada RM4,500). Ini bermakna RM500 pelajar perlu membayar tanpa libatkan pemotongan PTPTN.
Berdasarkan Peraturan Kewangan & Akaun, Bab 19-Polisi Kutipan Yuran Pelajar, Perkara 19.9, pelajar yang mempunyai lebihan yuran sama ada yuran pengajian, wang cagaran (jika berhenti/tarik diri/gantung/tamat dalam pengajian) , dan Bond Persendirian , sekiranya pelajar tidak mempunyai baki hutang tertunggak, keseluruhan jumlah lebihan yuran tersebut akan dipulangkan kepada pelajar.
Pelajar pelru memohon kepada universiti dengan melengkapkan borang permohonan lebihan yuran yang bileh dimuat turun di portal pelajar dan melengkapkan dokumen berkaitan dan emelkan ke
Sebarang pertanyaan atau maklumbalas berkaitan kewangan pelajar, sila emel ke
Berdasarkan Peraturan Kewangan & Akaun, Bab 19-Polisi Kutipan Yuran Pelajar, Perkara 19.9, pelajar yang mempunyai lebihan yuran sama ada yuran pengajian, wang cagaran (jika berhenti/tarik diri/gantung/tamat dalam pengajian) , dan Bond Persendirian , sekiranya pelajar tidak mempunyai baki hutang tertunggak, keseluruhan jumlah lebihan yuran tersebut akan dipulangkan kepada pelajar.
Pelajar perlu memohon kepada universiti dengan melengkapkan borang permohonan lebihan yuran yang bileh dimuat turun di portal pelajar dan melengkapkan dokumen berkaitan dan emelkan ke
Sebarang pertanyaan atau maklumbalas berkaitan kewangan pelajar, sila emel ke
Sustaining Knowledge Through Wisdom
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
جامعة السلطان عبد الحليم معظم شاه الإسلاميه العالمية
Formerly known as Kolej Universiti INSANIAH
Universiti Islam Antarabangsa
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman
Tel: +60 4415 5000
Fax: +60 4415 5050
Email:
Privacy Policy | Disclaimer | Security Policy |
2022 © All rights reserved. Powered by BTM.