Skip to main content

Majlis Menandatangani MoU Diantara UniSHAMS - Universitas Islam Raden Rahmat (UNIRA), Malang, Indonesia

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 10 April 2023- UniSHAMS meluaskan hubungan antarabangsa dengan  terjalinnya kerjasama antara UniSHAMS & UNIRA melalui penandatanganan MOU yang diadakan secara atas talian (online).

    Majlis menandatangi memorandum persefahaman ini telah diadakan pada hari ini dan telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Asmadi bin Mohamed Naim selaku Naib Canselor UniSHAMS manakala bagi pihak UNIRA diwakili oleh K.H Imron Rosyadi selaku Rektor UNIRA.

    Dalam majlis ini Naib Canselor dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa UniSHAMS pada masa ini sedang giat menjalinkan kerjsama dengan pelbagai institusi terutamanya di peringkat antarabangsa yang sekaligus akan meningkatkan pencapaian bintang bagi penarafan SETARA dan MyRA. Selain itu, bagi memastikan mencapai penanda aras kualiti, UniSHAMS perlu meningkatkan kajian dan penyelidikan dalam kalangan Pegawai Akademik serta seminar yang perlu diadakan secara kerap sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

    Hadir sama dalam majlis ini ialah Dr. Asnani binti Bahari selaku menjalankan tugas sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa dan Dr. Sutomo selaku Timbalan Rektor, UNIRA.

    Semoga MoU yang telah dimeterai pada hari ini dapat mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dari sudut akademik dan penyelidikan bagi kedua-dua institusi pengajian tinggi ini.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom