Skip to main content

Solat Jenazah Ghaib Khusus Buat Allahyarham Anuar Ramli, Penolong Pendaftar UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    Kuala Ketil, 16 Mac 2023 - Badan Kebajikan Staf (BKS) UniSHAMS telah mengadakan solat jenazah ghaib bertempat di Surau Al-Insaniyyah, UniSHAMS selepas solat Zohor.
     
    Solat jenazah ghaib ini diadakan khusus buat Allahyarham Anuar Ramli, Penolong Pendaftar UniSHAMS yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 Mac 2023.
     
    Warga UniSHAMS mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan mendoakan agar Allah SWT mengampuni dosa, menerima segala amalan, serta menempatkan Allahyarham bersama orang-orang yang beriman, Insya Allah.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom