Skip to main content

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1444H & Majlis Penghargaan Konvokesyen 2022

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 27 Oktober  2022 UniSHAMS telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul & Majlis Penghargaan Sempena Istiadat Konvokesyen 2022. Program bermula pada jam 9.00 pagi di mana semua peserta yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif serta kakitangan akademik dan pentadbiran  berkumpul di lobi Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan bin Razak sebelum berarak sambil diringi alunan selawat ke Dewan Tuanku Permaisuri Hajjah Haminah.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan Yang Berbahagia Prof Dr Asmadi Bin Mohamed Naim,  menyeru supaya para hadirin memanjatkan rasa syukur kepada Allah serta menambahkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan bermuhasabah diri bagi memperbaiki setiap kelemahan serta berusaha dalam memperbaiki diri. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua kakitangan UniSHAMS yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Istiadat Konvokesyen sebanyak 3 kali pada tahun ini.

    Seusai ucapan, majlis diserikan lagi dengan persembahan alunan berzanji dan selawat yang disampaikan oleh pensyarah UniSHAMS sebelum disusuli tayangan video highlight sepanjang Istiadat Konvokesyen yang disediakan oleh Bahagian Pemasaran, Jaringan Industri dan Komuniti serta Pusat Teknologi Maklumat.

    Majlis diakhiri dengan acara bergambar serta jamuan makan dan tamat pada jam 12.00 tengahari.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom