Skip to main content

Program Komuniti Prihatin

| PRO UniSHAMS | Berita

    Langkawi, 29 OKTOBER 2022 - Pusat Pengajian Dan Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi UniSHAMS telah menganjurkan Program Komuniti Prihatin yang diadakan di Kampung Ewa, Langkawi.

    Program Komunit Prihatin ini adalah gabungan 4 aktiviti iaitu Bengkel Keibubapaan yang diberikan kepada ibubapa, bengkel Kenali Potensi Diri yang disasarkan kepada para pelajar, aktiviti gotong royong di SK Kampung Ewa dan aktiviti lawatan psikososial serta penyampaian peralatan kesihatan kepada mereka yang memerlukan di Kampung Ewa. 

    Kemuncuk program adalah penyampaian bantuan serta sumbangan kepada 50 orang asnaf. 

    Kejayaan program ini adalah hasil kerjasama beberapa pihak yang terlibat iaitu Badan Kebajikan Islam Petronas, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah serta Kominiti dan Kepimpinan Kampung Ewa.

    Prof. Dr. Asmadi bin Mohamed Naim, Naib Canselor telah hadir untuk merasmikan program ini. Turut hadir juga iaitu Tuan Haji Mohd Zaini Bin Haji Ramli, Timbalan Naib Canselor Pembangunan, Korporat dan Jaringan Industri UniSHAMS, AlFadhil Ustaz Wan Fauzi Bin Wan Muhammad, Pegawai Kebajikan Sosial Petronas Wilayah Utara mewakili Pengerusi Badan Kebajikan Islam Petronas, En. Azrul Hayat Bin Tumpang, Superintendant Langkawi Fuel dan Aviation Terminal, Tuan Haji Mohd Kamal Bin Haji Hashim, Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, En. Zainon Bin Bakar Ketua Kampung Ewa, Cikgu Ahmad Zaky Naimy Bin Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ewa

    Sustaining Knowledge Through Wisdom