Skip to main content

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UniSHAMS dan KXP AirportCity

| PRO UniSHAMS | Berita

    20 Oktober 2022 (Khamis), Prof. Dr. Asmadi bin Mohamed Naim , Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah menghadiri di Wisma Darul Aman bagi sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman ( MoU) antara UniSHAMS dan KXP AirportCity. Di samping itu, Tuan Haji Mohd Zaini bin Haji Ramli, Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi dan Jaringan Industri , Puan Molyna binti Mohd Annuar, Bendahari UniSHAMS serta wakil daripada Unit Jaringan Industri dan Masyarakat turut serta menghadiri majlis ini. Kedatangan delegasi UniSHAMS disambut baik oleh delegasi KXP AirportCity.

    Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman ini telah disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah yang merupakan Pengerusi KXP Airport City Holdings.

    Selain daripada UniSHAMS, KXP AirportCity juga turut menandatangani MoU bersama UUM yang juga akan terlibat dalam bidang pengajian atau kursus teknikal berkaitan aeroangkasa, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat bagi penyediaan tenaga mahir. Di samping itu, KXP AirportCity juga menandatangani MoU bersama pemain-pemain industri bagi pembangunan Kedah Aerotropolis iaitu St Engineering, Aviation Industry Corporation of China (AVIC) daripada syarikat luar negara. Seterusnya,  syarikat tempatan juga turut terlibat antaranya MAZ Gerbang, Wau Avieco, dan My Handler, manakala ZRST Training dan GIAAN Flying Academy ( GFA) dalam bidang latihan penyelenggaraan dan baik pulih kapal terbang, kargo, dan bidang pengendalian pengangkutan dan kargo.

    Kerajaan Negeri Kedah telah memacu dan merancang untuk membangunkan projek Kedah Aerotopolis bagi merealisasikan impian Kedah Sejahtera dan Berdaya Huni, selaras dengan Rancangan Struktur Negeri 2035 serta aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Konsep utama pembangunan adalah membangunkan sebuah perbandaran moden di Wilayah Utara, berasaskan penerbangan yang mensasarkan pasaran ASEAN.

    Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa ( KXP) adalah salah satu komponen sahaja dan berperanan sebagai “Enabler” kepada keseluruhan pembangunan Kedah Aerotropolis yang bersepadu bagi menepati Hub Pengangkutan Multi-Modal yang lengkap. Komponen- komponen ini adalah untuk memastikan aspirasi Kerajaan Negeri untuk merubah Lanskap Ekonomi Wilayah Utara, dapat dicapai sebagai:

    1) Regional Integrated Logistics & Transahipment Cargo Hub.

    2) Regional Maintenance, Repair & Overhaul ( MRO) and Aerospace Manufacturing.

    3) Regional Centre of Excellence for Aviation and Aerospace Learning and Education.

    4) Hajj & Umrah Hub for Northen Region.

    #ujim_unishams

    #unishams

    #latihanindustri

    #jaringanindustri

    #praktikum

    #kxpaiport

    Sustaining Knowledge Through Wisdom