Skip to main content

UniSHAMS Rai 1,382 Graduan

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL ; Telah bermula Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) Kali Ke-24 yang diadakan di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah, bermula 12-14 Oktober 2022.

    Istiadat konvokesyen yang menetapkan 6 sidang akan akan meraikan 1,382 graduan telah berjaya menerima ijazah masing-masing bermula daripada peringkat Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda, Diploma Pasca Siswazah, Diploma dan Asasi.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah selaku Canselor UniSHAMS berkenan mencemar duli menyempurnakan Pengisytiharan Istiadat Konvokesyen sekaligus menyempurnakan majlis penganugerahan istiadat. Turut berangkat hadir ialah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Karim Sallehuddin, Raja Muda Kedah selaku Pro Canselor I, turut hadir juga Yang Amat Berbahagia Tun Dato’ Seri Zaki Bin Tun Azmi selaku Pro Canselor II UniSHAMS dan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Pengarah UniSHAMS.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga berkenan menyempurnakan penyampaian anugerah khas Anumerta. Anugerah ini diterima oleh Puan Yusni Binti Yasin, ibu kepada Allahyarham Muhammad Ilyas Bin Md Rani, bekas pelajar semester akhir Diploma Seni Kulinari yang terlibat dengan kemalangan dan kembali ke rahmatullah pada Ogos 2022 yang lalu selain menyempurnakan penyampaian Jaizah Imtiyaz Tuanku Canselor kepada Siti Nayli Dhia Binti Zainal Abidin, penerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan dan Perbankan Islam) dengan Kepujian  yang membawa pulang RM 3,000.00, plak dan sijil, kurniaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor.

    Pihak UniSHAMS mengucapkan selamat bergraduasi kepada para graduan dalam Istiadat Konvokesyen UniSHAMS kali ke-24 pada tahun ini dan mendoakan agar para graduan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Pihak UniSHAMS juga menyeru graduan untuk terus membawa nama baik UniSHAMS dipersada negara dan luar negara sejajar dengan visi UniSHAMS “Melahirkan Ilmuwan Yang Holistik dan Professional Berakhlak Mulia”.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom