Skip to main content

Serahan Bendera Kepada Pasukan Bola Jaring UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    8 September 2022, Khamis -  Pusat Sukan UniSHAMS telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera KERAMAT UniSHAMS kepada Pasukan Bola Jaring UniSHAMS yang akan menyertai Kejohanan Bola Jaring MASISWA 2022 yang akan berlangsung pada 9 - 11 September 2022 di Sports Arena, UNITEN Bangi Selangor. 

    Majlis telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa di Lobi Canselori UniSHAMS bersama YM Raja Zulkhairil Ikram bin Raja Adzhar, Pegawai Belia dan Sukan UniSHAMS yang mewakili Pengarah Pusat Sukan UniSHAMS serta hadir bersama pengurus, jurulatih dan atlet pasukan bola jaring.

    Dalam majlis tersebut, Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol sempat memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada pasukan Bola Jaring UniSHAMS serta mengharapkan agar Bendera Keramat UniSHAMS akan terus berkibar pada kejohanan tersebut.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom