Skip to main content

Lawatan Kerja Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) Ke Syarikat Kumpulan Barkath Sdn Bhd

| PRO UniSHAMS | Berita

    Pulau Pinang, 30 Ogos 2022 (Selasa), UniSHAMS telah membuat Lawatan Kerja ke Syarikat Kumpulan Barkath Sdn Bhd seramai 9 orang yang diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi dan Jaringan Industri, Tuan Haji Mohd. Zaini bin Haji Ramli, AMK., BCK., Unit Jaringan Industri dan Masyarakat(UJIM) dan Kulliyyah Hospitaliti & Seni Kreatif UniSHAMS. Kedatangan ini disambut baik oleh CEO Kumpulan Barkath SDN BHD iaitu Dato' Seri Barkath Ali bin Haji Abu Backer.

    Lawatan ini bertujuan untuk:-

    a) Melawat Kilang

    - Melihat cara penyediaan makanan

    - Melihat proses kilang beroperasi

    b) Perbincangan Penyambungan MOU

    Tempoh Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) terdahulu telah tamat, maka pentadbiran ini mengadakan berbincang bekenaan tempoh penyambungan MOU tersebut.

    C) Pembentangan Aktiviti Kerjasama Yang Boleh Dilaksanakan Bersama Unishams

    Gabungan kerjasama antara UniSHAMS dan Kumpulan Barkath menjadi lebih fokus apabila matlamat dapat diusahakan secara bersepadu dalam satu gagasan ideal yang nyata serta jelas.

    #unishams

    #ujim_unishams

    #latihanindustri

    Sustaining Knowledge Through Wisdom