Skip to main content

Kempen Derma Darah

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 28 Ogos 2022 – Unit Transfusi, Hospital Baling dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UniSHAMS telah menganjurkan Kempen Derma Darah bersama kakitangan dan mahasiswa / mahasiswi UniSHAMS  sempena sambutan bulan Kemerdekaan tahun 2022.

    Program yang bermula seawal 9.30 pagi tersebut telah diadakan di Persada Siswa, Bangunan A3. Kira-kira seramai 50 orang sukarelawan telah hadir untuk menderma darah bagi keperluan bekalan darah untuk menampung keperluan para pesakit di hospital. Program tamat pada pukul 3.30 petang.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom