Skip to main content

Bengkel Penyediaan Pengenalpastian Hazard Penaksiran Risiko Dan Kawalan Risiko (HIRARC) dan Analisa Kerja Selamat (JSA)

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 16 Ogos 2022 - Seramai 30 peserta dari Kuliyyah, Pusat & Bahagian (KPB) UniSHAMS telah mengikuti Bengkel Penyediaan Pengenalpastian Hazard Penaksiran Risiko Dan Kawalan Risiko (HIRARC) dan Analisa Kerja Selamat (JSA) yang diadakan di Dewan Santapan, Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah (DTPPH) UniSHAMS bermula seawal jam 8:30 pagi.

    Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif pendidikan berterusan  anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) UniSHAMS yang memfokuskan   penyediaan dokumen HIRARC yang bertujuan mengelak  dan mengurangkan kesan kemalangan serta penyakit berkaitan pekerjaan sekiranya berlaku.  

    Pengendali bengkel ini dijemput khas daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Kedah yang terdiri daripada Cik Noorizzati Khairusalleh dan  Puan Siti Noorhanisah yang berportfolio sebagai Pemeriksa Kilang dan Jentera serta Encik Abu Husin Hj. Sulaiman, Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri, Tuan Haji Mohd Zaini Haji Ramli

    Di akhir bengkel, peserta turut diberikan senario berkaitan isu keselamatan dan pekerjaan dari pelbagai KPB. Perbincangan secara berkumpulan dibantu oleh fasilitator daripada JKKP Kedah telah menghasilkan dokumen Pengenalpastian Hazard Penaksiran Risiko Dan Kawalan Risiko (HIRARC) Dan Analisa Kerja Selamat (JSA) di UniSHAMS. Bengkel tamat pada jam 4:30 petang.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom