Skip to main content

KUIN Diiktiraf antara yang terbaik

| Administrator | Berita
    KUALA LUMPUR 16 Nov. – Kolej Universiti INSANIAH, Kedah menerima pengiktirafan empat bintang (TIER 4) bagi penilaian Audit Tahunan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi 2017 (SETARA ’17). Pengumuman dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh dalam Majlis SETARA-2017 di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur.

    Objektif SETARA adalah untuk membantu institusi pengajian tinggi membina asas kukuh dalam beberapa fungsi utama seperti pengajaran, penyelidikan dan penilaian. SETARA ’17 dilaksanakan melalui penilaian beberapa kriteria antaranya keupayaan pensyarah, kewangan yang kukuh, kualiti pengajaran dan pembelajaran serta hasil penyelidikan dan inovasi.

    Pengarah Pusat Pemasaran dan Komunikasi Korporat KUIN, Hamlan Din memberitahu bahawa pencapaian ini sangat penting kepada KUIN secara khususnya. “ Pengiktirafan ini membuktikan bahawa KUIN adalah antara IPT terbaik dan berkualiti yang seharusnya menjadi pilihan di negara ini. Daripada hampir 500 buah IPT awam dan swasta di Malaysia, hanya 71 daripadanya dipanggil untuk dinilai, dari jumlah tersebut hanya 58 daripadanya mendapat penarafan 4 bintang ke atas”.

    “ Berada di kelompok merupakan satu perkara membanggakan apatahlagi KUIN sedang dalam proses akhir untuk dinaik taraf ke universiti penuh dengan nama yang baharu iaitu Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau ringkasnya UniSHAMS. Ia akan melonjakkan lagi semangat untuk kami terus berusaha dan naik ketahap yang lebih tinggi, tahniah pada semua yang menggembeling tenaga memajukan KUIN disemua peringkat samada tenaga akademik dan pengurusan terutamanya kepada YAB Menteri Besar Kedah selaku pengerusi lembaga pengarah dan semua ahli-ahlinya yang sentiasa muafakat memberikan sokongan dan dorongan”, katanya.

    Hadir menerima sijil SETARA 2017 bagi pihak KUIN ialah Prof. Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Rektor Akademik dan Antarabangsa serta beberapa pegawai utama KUIN.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom