Skip to main content

BELAJAR PERCUMA di UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    ALOR SETAR,- 14 Februari - Pelajar baru Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) berpeluang mendapatkan peluang pengajian secara percuma melalui Biasiswa Penuh Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah. Satu majlis menandatangani persefahaman antara UniSHAMS dan LZNK diadakan di bilik mesyuarat pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.

    Perjanjian seumpama ini adalah kali pertama diadakan dalam usaha LZNK dan UniSHAMS membangunkan asnaf dalam aspek kecemerlangan pendidikan peringkat pengajian tinggi.

    Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UniSHAMS, Hamlan Din menyatakan rasa gembira dengan perjanjian ini yang menyaksikan seramai 100 orang pelajar setiap tahun akan menerima pembiayaan pengajian penuh termasuk duit belanja harian berjumlah RM 300 sebulan.

    " Sebanyak RM 1.2 juta diperuntukkan oleh LZNK untuk pengambilan peringkat awal dan jumlah dijangka akan meningkat dari tahun ke tahun".

    "Terdapat lapan program pilihan masing-masing 4 diploma dan 4 ijazah sarjana muda yang dimasukkan dalam program ini dengan RM 35 ribu diperuntukkan untuk program diploma dan RM 50 ribu untuk program ijazah", katanya.

    Memorandum ditandatangani oleh Rektor UniSHAMS dan Ketua Pegawai Eksekutif LZNK sambil disaksikan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah. Turut hadir pegawai- pegawai utama UniSHAMS dan LZNK.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom