Skip to main content

Pelajar UniSHAMS Cemerlang Di MISTAC’18

| Administrator | Berita

    Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian tiga mahasiswa UniSHAMS di Musleh International Students Traditional Archery Championship 2018 (MISTAC’18) yang dianjurkan pada 21 dan 22 Julai 2018 yang lalu.

    Pertandingan yang bertempat di Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu, Selangor tersebut mendapat penyertaan kanak-kanak dan remaja berusia antara 7 sehingga 25 tahun dari lima buah negara iaitu Thailand, China, Brunei, Malaysia dan Indonesia. Pertandingan dibahagikan kepada beberapa kategori yang berdasarkan umur dan jantina.

    Dalam pertandingan tersebut, dua siswi UniSHAMS iaitu Julaiha Abdullah dan Siti Munirah Anuar telah berjaya memperoleh tempat pertama dan ketiga bagi kategori perempuan manakala Muhammad Fadzil Abdul Rahim mendapat tempat ketiga bagi kategori lelaki.

    Menurut Hamlan Din, pengarah bahagian pemasaran dan korporat itu ketika dihubungi menyatakan rasa gembira dengan pencapaian tersebut. “Pelajar di UniSHAMS memang digalakkan menyertai aktiviti-aktiviti luar kelas yang memberi manfaat termasuklah bepersatuan serta aktiviti sukan dan riadah. Selain tidak menghabiskan masa dengan sia-sia, ia juga mampu membentuk peribadi sekaligus memberi kemahiran tambahan”, katanya.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom