Skip to main content

PENUNTUT UniSHAMS DEKATI MASYARAKAT

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL -  Bagi melahirkan generasi Rabbani, sekumpulan penuntut Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) tampil memberi pendedahan kaedah solat yang betul kepada masyarakat.

    Pendedahan itu dibuat menerusi program Karnival Mahabbah Masjid di Kampung Selarong, baru-baru ini. Ia anjuran Pelajar Kokurikulum Pengurusan Masjid dan Dakwah (VMD1011), UniSHAMS.

    Pengarah program tersebut, Mohd Afiq Ab Aziz, berkata, program itu disertai 99 mahasiswa, 68 pelajar sekolah dan turut melibatkan penduduk kampung.“Objektif penganjuran program ini ialah menerapkan nilai solat yang betul kepada masyarakat. “Selain itu, program ini bertujuan menjalinkan hubungan baik di antara penuntut UniSHAMS dengan penduduk kampung,” katanya.

    Mohd Afiq berkata, antara aktiviti lain dijalankan ialah gotong-royong bersama qariah masjid, forum pembinaan pemuda Rabbaniyah dan tayangan video. “Saya berharap program seumpama ini dapat dianjurkan lagi di seluruh Kedah bagi mempromosikan UniSHAMS di samping melahirkan lebih ramai mahasiswa,” katanya.

    Sumber:Wartawan Sinar Harian

    18 Ogos 2018

    Sustaining Knowledge Through Wisdom