Skip to main content

MAJLIS ANUGERAH DEKAN KULLIYYAH BAHASA ARAB

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL,15 Ogos 2018: Majlis Anugerah Dekan Kulliyyah Bahasa Arab bagi semester Jun dan Disember 2017 anjuran Ittihad Thullab Kulliyyah Al-Lughah Al-‘Arabiyyah (ITTILA’). Majlis diadakan bertujuan meraikan kecemerlangan para pelajar Kulliyyah Bahasa Arab yang telah mencapai Purata Mata Gred Keseluruhan (PMGK) 3.65 ke atas.

    Majlis dirasmikan oleh Ustaz Mohd Syauqi Bin Arshad, Dekan Kulliyyah Bahasa Arab. Beliau menegaskan bahawa program sebegini amat wajar diadakan sebagai pemangkin semangat pelajar terus berusaha untuk cemerlang dalam pelajaran seterusnya membina potensi serta mengharumkan nama universiti.
     
    “Bilangan yang semakin meningkat membuktikan bahawa pelajar mempunyai potensi untuk melangkah lebih jauh dalam bidang Bahasa Arab serta yang berkaitan dengannya, sekaligus menjadi daya penarik kepada orang awam serta generasi akan datang untuk menceburi bidang ini” katanya. Seramai 93 orang pelajar penerima anugerah yang diraikan bertempat di Dewan Seminar Kulliyyah Bahasa Arab.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom