Skip to main content

BICARA KARYA BIOGRAFI ULAMA MALAYSIA: TUAN HUSSAIN KEDAH

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL – 18 September: Program bicara karya biografi ulama Malaysia merupakan kegiatan gerakan membaca anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dan DBP Wilayah Utara bersempena Hari Literasi Sedunia yang bertujuan untuk memberi galakan dan memupuk minat membaca kepada masyarakat. Program tersebut selaras dengan hasrat YB Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik untuk menggiatkan budaya membaca melalui Kempen Membaca Kebangsaan dan memenuhi keperluan Dekad Bahasa Kebangsaan.

    Melalui program ini peserta berpeluang menghayati perjuangan seorang tokoh ulama Kedah yang dikenali sebagai Tuan Hussain Kedah berdasarkan sebuah buku yang berjudul Biografi Ulama Malaysia: Tuan Hussain Kedah: Penggiat Sistem Pengajian Pondok di Malaysia yang membincangkan tentang pemikiran dan perjuangan Tuan Hussain Kedah. Program dihadiri oleh para pensyarah, pelajar dan kakitangan pentadbiran UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom