Skip to main content

KLINIK AL-FATIHAH

| PRO UniSHAMS | Berita

    Surah Al-Fatihah adalah ibu segala doa dan penawar dalam segala permasalahan. Bacaan Al-Fatihah merupakan rukun dalam solat, maka adalah penting untuk memastikan bacaan Al-Fatihah yang betul dari segi hukum makhraj dan tajwidnya. Menyedari akan kepentingan menguasai bacaan Al-Fatihah dengan betul, Pusat Pengajian Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah menganjurkan Program Klinik Al-Fatihah sebagai satu aktiviti kemasyarakatan untuk sumbangan kepada masyarakat.

    Program bertujuan memberi penerangan mengenai pengenalan dan sanad surah Al-Fatihah kepada golongan pelajar. Selain itu, program ini memberi peluang kepada guru dan pelajar memantapkan bacaan surah itu. Program separuh hari tersebut diadakan dibeberapa buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri, Sekolah Menengah Akedemi Islam Darul Aman, Maktab Mahmud Kuala Muda dan Sekolah Menengah Kebangsaan Siong, Baling, dari 03 September sehingga 19 September 2018.

    Menurut penganjur, program ini dirancang untuk diteruskan kerana mendapat galakan dan sambutan yang baik daripada pihak sekolah, selain itu juga mempromosikan UniSHAMS kepada masyarakat.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom