Skip to main content

Islamic Finance Lecture Series (IFLS)

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL 30 September 2018 – Pusat Pengajian dan Penyelidikan Kewangan Islam (CIFER) telah menganjurkan satu program ceramah dengan kerjasama Malaysian Takaful Association (MTA) Siri pertama Islamic Finance Lecture Series (IFLS) I bertajuk “Reforming Attitudes Towards Takaful” di Dewan Kuliah CIFER Bangunan A6, UniSHAMS.

    Ceramah disampaikan oleh Ustazah Yusaini Yusof, Ketua Bahagian Shariah di Prudential Takaful BSN Berhad, Kuala Lumpur. Seramai 120 terdiri dari kalangan staf akademik dan pelajar hadir mengikuti ceramah selama hampir 2 jam tersebut.

    Menurut Pengarah CIFER, Prof. Madya Ahmad Fauzi Idris program yang dirancang bagi selari dengan objektif penubuhan CIFER adalah mengadakan siri bengkel, ceramah dan dialog berkaitan Perbankan dan Kewangan Islam.

    Turut hadir ialah Prof. Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Rektor Akademik dan Antarabangsa; Ustazah Dr. Rohani Desa, Timbalan Pengarah HEP & Alumni; En. Azli Munani, Ketua Pegawai Eksekutif MTA dan Puan Ivy Edmeades, Pengurus Perkhidmatan Korporat dan Sekretariat MTA.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom