Skip to main content

Staf UniSHAMS Dinobat “Productivity Champion”

| PRO UniSHAMS | Berita
    BATU FERRINGHI: 18 Julai 2018 - Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah menganjurkan Regional Team Excellence (RTEx Utara) Wilayah Utara dan penyampaian anugerah Productivity Champion di Bayview Beach Resort, Pulau Pinang. Majlis penyampaian anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah MPC, Encik Abd. Rahim Yusoff dan Ketua Pengarah MPC Wilayah Utara, Dr. M. Sugumaran.

    Anugerah “Productivity Champion‘ adalah salah satu inisiatif yang dibentangkan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 (RMK-11). Inisiatif ini bertujuan untuk mengiktiraf individu yang telah menunjukkan komitmen dan bersedia untuk berkongsi pengalaman mereka dalam mempromosikan dan melaksanakan peningkatan produktiviti di peringkat kebangsaan, industri dan perusahaan.

    Pada majlis itu, MPC telah memberikan Anugerah “Productivity Champion” bagi kategori “Productivity Practitioner” kepada Saudara Mohamad Fazali Bin Ghazali dari UniSHAMS iaitu individu yang melakukan atau melaksanakan inisiatif penambahbaikan dalam organisasi melalui pelbagai kaedah dan teknik produktiviti serta dapat membuktikan keberkesanannya atau  kesan dari inisiatif tersebut.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom