Skip to main content

PROGRAM UNISHAMS BERKOMUNITI: APLIKASI PENGATURCARAAN “SCRACTH”

| PRO UniSHAMS | Berita

    KULIM – “UniSHAMS Berkomuniti: Aplikasi Pengaturcaraan Scracth” anjuran pelajar Khidmat Masyarakat (6) Kumpulan 3 2018/Dis Pusat Pengajian Umum (PPU) dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Kilang Lama, Kulim telah diadakan pada 14 Febuari 2019.

    Menurut penasihat program, Hadijah Johari ,“program ini melibatkan seramai 40 peserta terdiri daripada murid-murid tahun 5. Program bermula seawal 9.00 pagi hingga 11.30 tengah hari dengan Taklimat Aplikasi Scracth yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En Zulhazlin Abas, Pensyarah Kulliyyah Muamalat dan Sains Pengurusan dan diikuti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang diselia oleh Cik Nur Rahmah Zulkifili. Program ini bertujuan mempromosikan pemindahan pengetahuan melalui pertukaran idea kreatif dan inovatif, pengalaman dan kemahiran antara warga UniSHAMS kepada komuniti,” katanya.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom