Skip to main content

Kem Seni Silat Gayong Harimau Hitam

| PRO UniSHAMS | Berita
     

    KUALA NERANG - Seramai 81 orang mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) menyertai Kem Seni Silat Gayong selama 3 hari 2 malam pada 14 hingga 16 Mac 2019. Bertempat di Seri Juluk Resort, Kampung Kubang Juluk, Naka, Kuala Nerang, Kedah.

    Kursus Kokurikulum Seni Silat Gayong Harimau Hitam dibawah bimbingan Encik Muhd Ziyad Bin Ahmad terdiri daripada pelajar diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang pengajian. Projek Luar Kampus (PLK) merupakan aktiviti wajib bagi pelajar yang mengambil kursus kokurikulum. Turut hadir ialah Encik Nor Azlan Bin Ismail selaku pegawai dari Pusat Kokurikulum.

    Antara pengisian program ialah slot ceramah bertajuk Kegunaan Silat Dan Kesihatan Dalam Islam Serta Kehidupan Harian, Forum bertajuk Fahaman Liberal Merosak Anak Bangsa Masa Kini bertempat di Masjid Naka dan aktiviti gotong-royong di Kampung Tandop Besar, Padang Terap Kedah.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom