Skip to main content

UKHUWAH SAYANG MASYARAKAT

| PRO UniSHAMS | Berita

    KELANTAN – Program “Ukhuwah Sayang Masyarakat” anjuran Tahsin Al-Quran Tahap II, Pusat Kokurikulum, UniSHAMS yang telah berlangsung pada 21 Februari sehingga 23 Februari 2019 bertempat di Pondok Pasir Tumboh, Kampung Nipah, Bachok, Kelantan.

    Seramai 95 pelajar Kursus Kokurikulum Tahsin Al-Quran Tahap 2 dibawah bimbingan Cik Nur Lyana Akasyah binti Bukhari  terdiri daripada pelajar diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang pengajian. Projek Luar Kampus (PLK) merupakan aktiviti wajib pelajar yang mengambil kursus kokurikulum dibawah pengendalian pelajar sendiri. Ia memberi ruang kepada pelajar mengadakan interaksi komuniti, budaya dan intelek dalam usaha merealisasikan integrasi nasional dan mahasiswa universiti yang mempunyai jati diri dan nilai kasih sayang sejagat.

    Antara pengisiannya ialah menyantuni masyarakat pondok, gotong-royong di 4 buah masjid dan kawasan persisiran pantai, program bersama para asnaf Kampung Chap, bantuan zakat serta penyerahan sumbangan oleh YB Mohd Huzaimy bin Che Hussin, Adun Pantai Irama, Bachok dan riadah petang bersama mahasiswa UniSHAMS dan masyarakat setempat.

    Turut hadir ialah Pengarah Pusat Kokurikulum, Puan Rafidah binti Abdul Rahman bersama pengiring serta beberapa kakitngannya.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom