Skip to main content

SEMINAR ANTARABANGSA ISU-ISU KONTEMPORARI PENGURUSAN, KEWANGAN DAN UNDANG-UNDANG ISLAM

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL: 11 April 2019 - Pusat Pengajian dan Penyelidikan Kewangan Islam (CIFER) dengan kerjasama Pusat Pengajian Sepanjang Hayat dan Antarabangsa, UniSHAMS telah menganjur Seminar Antarabangsa Isu-Isu Kontemporari Pengurusan, Kewangan dan Undang-Undang Islam. Program bertempat di Dewan Tuanku Pemaisuri Hajah Haminah, UniSHAMS.

    Seminar melibatkan pembentangan kertas penyelidikan khasnya kewangan Islam serta beberapa isu berhubung undang-undang atau hukum Islam. Program berjaya mendapatkan 20 kertas penyelidikan daripada gabungan tiga universiti antarabangsa iaitu Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Universiti Islam Bandung, Indonesia (Unisba) dan Universiti Fatoni, Thailand.

    Program dirasmikan oleh Prof. Dr Shamsul Jamili Bin Yeob, Rektor UniSHAMS. Majlis turut menyaksikan kerjasama dijalankan antara UniSHAMS dan Unisba apabila kedua-dua institusi menandatangan perjanjian persefahaman berkaitan kerjasama akademik dan mobilit.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom