Skip to main content

PROGRAM HAYYA BIL ‘ARABIYYAH

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL: 13 Julai 2019 - Persatuan Pelajar Kulliyyah Bahasa Arab UniSHAMS (ITTILA’) dengan kerjasama Masjid Madinatul Ilmi Kuala Ketil menganjurkan Program Hayya Bil ‘Arabiyyah (Jom Berbahasa Arab) bertempat di Masjid Madinatul Ilmi Kuala Ketil, Kedah.

    Tujuan program adalah untuk mempromosikan Kulliyyah Bahasa Arab UniSHAMS serta memberi pendedahan tentang keindahan Bahasa Arab kepada masyarakat. Di samping itu, program ini juga mengukuhkan ukhuwah antara pelajar UniSHAMS dengan masyarakat setempat terutamanya penduduk sekitar Kuala Ketil.

    Program dirasmikan oleh Prof. Dr. Shamsul Jamili bin Yeob, Naib Canselor UniSHAMS. Beliau juga sempat menyampaikan satu slot motivasi tentang kesedaran untuk berbahasa Arab kepada para peserta. Peserta program terdiri daripada pelajar-pelajar dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Integrasi At-Taqwa dan Maahad An-Naim serta mahasiswa UniSHAMS dan beberapa orang awam. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti sesi pengenalan Bahasa Arab, Jom Cakap Arab, ceramah kesihatan, ceramah perdana dan gotong-royong. Program satu hari ini mendapat tajaan daripada Era Edar Marketing Sdn. Bhd. dan Yayasan Abu Bakar.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom