Skip to main content

BENGKEL KECEMERLANGAN STAM 2019 PERINGKAT NEGERI KEDAH

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL – Bengkel Seminar Kecemerlangan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2019 peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 5 Oktober 2019 di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah, UniSHAMS.

    Bengkel anjuran Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar-pelajar STAM sekitar Negeri Kedah. Seramai 700 orang pelajar STAM hadir menyertai bengkel tersebut. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kualiti akademik pelajar serta dapat melahirkan insan yang berilmu dan beramal. Selain itu, pelajar-pelajar telah didedahkan cara memahami soalan dan menjawab soalan.

    Pengisian bengkel telah disusun dengan 3 slot ceramah yang di sampaikan oleh Ustazah Norison binti Saidin (Slot Tauhid dan Mantiq), Ustaz Haji Isma Rushdi Bin Ismail (Slot Feqah Fariad) dan Ustaz Mohd Tarmizi Bin Hassan (Slot Nahu Sorof). Selain itu, slot taklimat program akademik UniSHAMS turut diadakan dan telah disampaikan oleh Dr Akil Bin Ahmad, Dekan Kulliyyah Syariah dan Undang-undang UniSHAMS. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Tuan Sheikh Haji Zakaria bin Othman.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom