Skip to main content

MEMOIR AKHIR DR NORAZLINA ZAKARIA DI UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL: 10 Oktober 2019 – Hari ini merupakan memoir terakhir Dr. Norazlina Zakaria di UniSHAMS, setelah lebih 13 tahun menabur khidmat bakti sejak tahun 2006.

    Dr Norazlina Zakaria memulakan perkhidmatan sebagai pensyarah di Kulliyyah Usuluddin pada tahun 2006, beliau merupakan seorang yang begitu terkenal dengan sifat peramah dan disenangi oleh rakan kerja dan anak-anak didiknya. Beliau pernah juga dilantik sebagai Dekan Hal Ehwal Pelajar, Dekan Kulliyyah Usuluddin, Pemangku Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik (Kulliyyah Usuluddin & Sains Al-Quran) dan jawatan terakhir adalah sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah.

    Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda, Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin (Aqidah & Falsafah), Ijazah Sarjana Falsafah Islam dari Universiti Kaherah dan melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Usuluddin di Universiti Sains Malaysia. Antara penulisan terkini beliau ialah Menganyam Cinta Menuai Rindu dan Toronto Takdirku. Biar jasamu jadi kenangan dan selamat maju jaya diucapkan kepada Dr. Norazlina Zakaria yang akan berhijrah ke UUM.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom