Skip to main content

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL PENGAJIAN TALAQQI AL – QURAN BERSANAD

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL - Seramai 42 orang peserta telah berjaya menamatkan Pengajian Talaqqi Al – Quran Bersanad anjuran Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat & Antarabangsa, UniSHAMS. Tempoh pengajian selama 8 bulan bermula Sesi 2018/2019 Ogos sehingga April 2019.

    Majlis diadakan pada 29 Oktober 2019 bertempat di bangunan Kulliyyah Usuluddin dan Sains Al-Quran. Kursus pengajian ini mengajarkan bacaan Al-Quran yang betul dengan sanad yang bersambung kepada Nabi Muhammad S.A.W. Objektif program adalah untuk dapat membaca Al-Quran dengan betul sesuai dengan hukum tajwid dan tartil dan mengenali bacaan Al-Quran yang betul seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Kursus pengajian terdiri daripada 3 orang tenaga pengajar iaitu Dr. Reda Owis Hassan Serour, Dr. Mohamed Elsayed Mohamed Mohamed  Abduh dan Muhd Thoriq Asshiddiq Bin Che Ahmad.

    Majlis penganugerahan disampaikan oleh Naib Canselor UniSHAMS, Prof Dr Shamsul Jamili Bin Yeob. Peserta terdiri daripada masyarakat awam sekitar Kedah dan Pulau Pinang dari pelbagai latarbelakang pendidikan dan pekerjaaan.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom