Skip to main content

MUKHAYYAM ‘ARABI DI PULAU PANGKOR

| PRO UniSHAMS | Berita

    PULAU PANGKOR - ITTILA’ (Persatuan Pelajar Kulliyyah Bahasa Arab) telah menganjurkan program Mukhayyam ‘Arabi kali ke 8 bertempat di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan. Program selama 3 hari 2 malam bermula dari 4 sehingga 6 November 2019 yang telah disertai seramai 32 orang pelajar dan 3 orang pensyarah pengiring.

    Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program ini yang diatur bertujuan meningkatkan kemahiran berbahasa Arab di kalangan pelajar secara santai dan tidak formal di samping dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah seperti snorkeling, kayak, hiking dan barbeque untuk menarik minat pelajar bagi menyertai program ini. Program Mukhayyam 'Arabi ini merupakan program tahunan yang dianjurkan Persatuan Pelajar Kulliyyah Bahasa Arab, UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom