Skip to main content

UniSHAMS RAIKAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL – Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah menerima 300 orang pelajar baharu bagi sesi kemasukan Disember 2019/2020 pada 14 & 15 Disember 2019 yang hadir mendaftar bagi program Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pasca Siswazah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. Sesi pendaftaran pelajar baharu ini telah diadakan di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah bermula jam 8:00 pagi.
     

                    Yang Berbahagia Prof. Dr Shamsul Jamili bin Yeob, Naib Canselor UniSHAMS di dalam ucapan beliau pada Majlis Taklimat Bersama Waris telah merakamkan ucapan tahniah kepada para pelajar dan waris kerana telah memilih UniSHAMS sebagai destinasi pengajian dan menegaskan bahawa “UniSHAMS adalah setanding dengan IPT ternama lain di Malaysia”. Beliau turut menasihati pelajar agar bijak untuk menguruskan masa dan mendisiplinkan diri secara berterusan dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan di dunia dan akhirat.

                    UniSHAMS menawarkan 42 program pelbagai peringkat pengajian dengan akreditasi oleh pihak MQA, turut menyediakan kemudahan-kemudahan pembiayaan pendidikan kepada pelajar, serta infrastruktur yang kondusif bagi memastikan para pelajar dapat menjalani proses pengajian dengan sempurna dan terbaik. Program-program pengajian di UniSHAMS dengan intergrasi pendidikan Islam dan islamisasi ilmu merupakan antara ‘niche’ utama yang menjadi pilihan pelajar. Permohonan bagi sesi kemasukan Disember 2019/2020 secara ‘Walk-in’ akan terus dibuka dan dilanjutkan sehingga 2 Januari 2020 bagi memberi peluang kepada mereka yang masih belum sempat untuk mendaftar.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom