Skip to main content

AMANAT NAIB CANSELOR 2020

| PRO UniSHAMS | Berita
                                                                                                                 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    الحمد لله الذي هدانا لهذا وما كنا لنهتدي لولا أن هدانا الله. نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له ومن يضلله فلا هادي له.

    2019 telah melabuhkan tirainya membawa seribu satu kenangan pahit dan manis. Kini 2020 menjelang tiba memberikan peluang untuk mengukir sejuta lakaran yang diimpikan.

    Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT TAHUN BAHARU 2020 kepada seluruh komuniti UniSHAMS; staf akademik, staf pentadbiran dan pelajar.

    Marilah kita bersama memajukan diri demi meraih redha dan rahmat Allah Ta’ala di dalam menjalankan amanah yg dipertanggungjawabkan.

    Saya menyeru seluruh warga UniSHAMS agar dapat mengembeleng tenaga dan bergerak bersama-sama dalam membangun serta memajukan UniSHAMS untuk mencapai kejayaan yang gemilang di pentas dunia.

    Kejayaan ini tidak mampu diraih kecuali dengan sokongan dan dokongan seluruh komuniti UniSHAMS. Sesungguhnya hanya kita yang dapat merubah dan memajukan universiti yang kita sayangi ini sepertimana firman Allah Ta’ala:

    إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ}الرعد: 11
    “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesuatu kaum itu sehinggalah kaum itu sendiri yang merubahnya”.

    Oleh itu, marilah kita berusaha semaksima mungkin untuk melonjak pencapaian UniSHAMS di dalam semua aspek demi mengukuhkan serta memajukannya hingga ke persada antarabangsa.

    Saya, bagi pihak pengurusan eksekutif, yakin akan kejayaan ini sekiranya kita dapat melaksanakan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin In shaa Allah.

    Sekian terima kasih.

    و بالله التوفيق و الهداية
     
     

    Sustaining Knowledge Through Wisdom